Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

EPMB CECAH JUALAN SUKU KEDUA TERTINGGI DALAM 10 TAHUN

28 Aug 2026
EPMB CECAH JUALAN SUKU KEDUA TERTINGGI DALAM 10 TAHUN
1 / 2

EP Manufacturing Berhad (EPMB), mengumumkan pendapatan suku tahunan tertinggi sejak tahun 2016, mencecah RM212 juta, iaitu peningkatan 67% berbanding tahun lepas.

Menurut siaran media dari syarikat itu, peningkatan ini didorong oleh kerjasama lokalisasi bersama pengeluar kereta dari China.

“Pada S2 2026, kami mengumumkan bahawa jumlah pengeluaran automotif menerusi kerjasama kami dengan GWM, SAIC-MG dan XPENG telah melepasi 1,000 kenderaan sebulan”, kata Pengerusi Eksekutif EPMB, Hamidon Abdullah.

Beliau juga menjangkakan lebih banyak pertumbuhan bagi kumpulan itu melalui kemasukan model-model baharu yang akan mula memasuki fasa pengeluaran, dan juga aktiviti eksport di seluruh ASEAN dan pasaran antarabangsa yang lain.

Pada bulan Jun tahun ini, EPMB telah memulakan pembinaan fasiliti pengecatan kenderaan baharu di Pegoh, Melaka. Pada bulan ini, kilang itu juga telah melancarkan operasi melalui PEPS Sanly JV, usaha sama dengan Sanly Auto Parts dari China bagi menghasilkan komponen modular bagi model-model Proton.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis