Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

EKSPO MYAERO SUMMIT 2026 RASMI DI MAEPS, SERDANG

26 Jun 2026
EKSPO MYAERO SUMMIT 2026 RASMI DI MAEPS, SERDANG
1 / 10

Pameran aeroangkasa MyAero Summit dilancarkan semalam dengan 106 pempamer terdiri daripada syarikat antarabangsa dan tempatan, akademik dan agensi kerajaan di MAEPS, Serdang dari 25 hingga 27 Jun 2026.

Acara anjuran NAICO Malaysia yang telah memasuki edisi kelapan ini juga melihat 17 persefahaman dimeterai di antara pemain industri dan badan-badan kerajaan.

Timbalan Menteri MITI, Sim Tze Tzin berkata kerajaan menyokong industri melalui bantuan modal pintar melalui AEEEIF (Aerospace and Electrical & Electronic Ecosystem Investment Fund, diurus oleh MTDC) yang memberikan geran, subsidi, dan pinjaman mudah khusus kepada PKS dan syarikat tahap pertengahan untuk mencapai standard global.

Beliau juga berkata sokongan ini diberikan melalui sistem digital aeroangkasa (MADS) bagi meningkatkan keterlihatan rangkaian bekalan, menubuhkan Pusat Kecemerlangan MyAero di NAICO Malaysia, dan membawa standard global ke Malaysia melalui SIRIM QAS.

Ketua Pegawai Eksekutif NAICO, Dr. Shamsul Kamar Abu Samah pula berkata sektor penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) menyumbang 40 peratus pendapatan industri.

Selain dari pameran dan perbincangan industri, MyAero Summit 2026 juga menampilkan inisiatif MyAERO Challenge 2026 , dimana lebih 800 peserta di kalangan pelajar sekolah, universiti dan institusi teknikal bersaing dalam pelbagai pertandingan termasuk rekabentuk enjin, UAV, sistem berautonomi dan penerbangan lestari.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis