Denza Malaysia telah rasmi lancarkan tawaran keduanya untuk pasaran tempatan awal hari ini iaitu Denza B8 - sebuah SUV tiga-baris tenaga baharu mewah dengan nadi plug-in hibrid (PHEV).
2 varian tersedia, iaitu versi 6 dan 7 tempat duduk. Harganya cukup premium - RM518,800 dan RM458,800 masing-masing. Harga tersebut juga termasuk dengan:
- Waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000KM
- Pakej servis percuma 6 tahun bernilai RM10,000
- Waranti bateri PHEV 8 tahun atau 160,000KM
- Waranti unit pacuan 8 tahun atau 160,000KM
- Adapter V2L percuma bernilai RM700
Di bahagian trenkuasa, Denza B8 mengguna sistem DMO Super Hybrid yang menggabung nadi turbo 2.0-liter petrol bersama dua motor elektrik dan pek bateri LFP BYD Blade berkapasiti 36.8 kWh.
SUV ini menghasil kuasa gabungan sehingga 450kW (603HP) & 760Nm untuk memacu sistem pacuan semua roda pintar (AWD) yang menjanji kebolehan panduan off-road lasak.
Denza juga mendakwa sistem ini memberi pemanduan elektrik sepenuhnya sejauh 115KM (NEDC), serta jarak perjalanan keseluruhan mencecah sehingga 1,040KM bila bergabung dengan tangki bahan api 91 liter.




