Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

DAFTAR MINAT SUV MEWAH PHEV DENZA B8 KINI BUKA

06 Apr 2026
DAFTAR MINAT SUV MEWAH PHEV DENZA B8 KINI BUKA
Jenama premium BYD iatu Denza bakal lancarkan satu lagi tawaran di pasaran tempatan tidak lama lagi dengan SUV off-road mewah yang dikenali sebagai Denza B8.

Perkara ini telah disahkan oleh Denza Malaysia melalui siaran akhbar rasmi awal hari ini, dan daftar minat telahpun dibuka di atas talian (pautan di hujung pos ini). Model ini bakal tiba dengan pilihan kabin 7-seat atau 6-seat yang lengkap dengan tempat duduk barisan kedua jenis kapten dan ottoman.

Dikenali juga sebagai Bao 8 (Fangchengbao di China, tawaran ini merupakan SUV jenis body-on-frame a la Toyota Land Cruiser, namun ia dipacu dengan tren kuasa plug-in hybrid (PHEV) Dual-Mode Off-Road (DMO) yang dibangunkan BYD.

Pakej DMO tersebut bukan sahaja canggih, malah ia juga berprestasi tinggi. Ia menragkumi dua motor elektrik masing-masing diposisikan pada gandar hadapan dan belakang, enjin 2.0-liter 4-sil turbo petrol, dan pek bateri 36.8kWj.

Pakej ini menghasil 578PS & 760Nm secara kesuluruhan bagi membolehkan pecutan 0-100KMJ dalam 4.8 saat, jarak gerak elektrik sahaja sejauh 115KM, jarak gerak maksima petrol-elektrik sejauh 905KM, pengecasan pantas DC sehingga 120kW (AC 11kW) dan fungsi V2L 6.5kW AC.

Tiada petua diberi tentang harga setakat ini, tetapi kami pasti tawaran ini akan diberi harga yang kompetitif berbanding saingan lain dari jenama legasi Eropah, mahupun Jepun atau Korea.
Laman daftar minat: https://shorturl.at/Ao1SJ
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis