Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

CYCLONE RT2S & RT5 TIBA DI PENGEDAR – DARI RM13,888 & RM16,888

27 Aug 2026
CYCLONE RT2S & RT5 TIBA DI PENGEDAR – DARI RM13,888 & RM16,888
1 / 41

Setelah tampil dipertontonkan semasa Malaysia Bike Show 2026, tawaran ‘maxi-scooter’ terbaharu dari jenama Cyclone bawah naungan MForce Bike Holdings Sdn Bhd, iaitu RT2S dan RT5, kini sudah tersedia di pengedar-pengedar sah seluruh negara.

Perkara itu disahkan MForce baru-baru ini, dan syarikat pengedaran dua-roda tersebut jugs telah umumkan harga asas rasmi bagi dua-dua tawaran ini. Bagi Cyclone RT2S, ia ditawarkan dari RM13,888, manakala Cyclone RT5 pula bermula dari RM16,888.

Seperti biasa, jaminan waranti 2-tahun atau 20,000KM termasuk sekali dalam angka-angka harga yang disebut tadi.

Dua-dua model ini kongsi nadi 247cc satu-silinder DOHC yang menghasil 26HP dan 24.5Nm, serta padanan transmisi pulas-dan-pecut CVT automatik. Berbeza di sini adalah kapasiti tangki bahan api masing-masing – 12.6-liter (RT2S) dan 18-liter (RT5).

Menarik sekali adalah tahap kelengkapan dua-dua model yang cukup tinggi dan mewah. Sorotan utama termasuk sistem ABS dwi-saluran berserta sistem kawalan cengkaman (traction control system -TCS), panel meter digital TFT, serta sistem pantauan tahap tekanan angin tayar (typre pressure monitoring system – TPMS).

Antara dua-dua model ini, Cyclone RT5 nyata diposisikan sebagai tawaran yang lebih ‘premium’. Ciri-ciri utama yang menyokong status ini termasuk penghadang angin, cermin sisi dan tongkat tengah elektronik.

Diposisikan sebagai skuter yang lebih sesuai untuk kegunaan bandar, Cyclone RT2S tersedia dalam dua pilihan warna – Strong Grey dan Prestige Black. Cyclone RT5 pula tersedia dalam tiga pilihan warna – Prestige BLack, Strong Grey dan Albaster White.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis