Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

CHERY TIGGO 9 DIPRATONTON – HARGA BAWAH RM189K (ANGGARAN)

22 May 2026
CHERY TIGGO 9 DIPRATONTON – HARGA BAWAH RM189K (ANGGARAN)
1 / 3

Chery Malaysia bakal kembangkan lagi barisan modelnya untuk pasaran tempatan. Awal hari ini, jenama dari China tersebut telah pratontonkan tawaran Chery Tiggo 9 terbarunya.


SUV tiga-baris ini diposisikan sebagain tawaran ‘flagship’ bagi jenama tersebut, dan ini sangat nyata melalui saiz dan penggayaannya. Ciri-ciri gaya premium termasuk rekaan gril hadapan 3D DIamond Embossed, sistem pencahayaan depan dan belakang LED penuh dinamik, rim aloi 20-inci, serta pemegang pintu jenis tersembunyi dan bumbung panoramik. Dari segi saiz pula, SUV ini berukur 4,810MM panjang dengan jarak antara roda 2,800MM, serta kelebaran 1,925MM.


Tiggo 9 juga tiba degan pelbagai ciri-ciri dan kelengkapan mewah serta premium. Termasuk di sini adalah tempat duduk hadapan lengkap dengan fungsi pelarasan elektrik 10-arah,penyejukan dan urut (massage), tempat duduk barisan kedua dengan fungsi penyejukan, paparan head-up display (HUD), sistem air-cond dwi-zon dengan panel kawalan khas penumpang belakang, sistem audio premium 14-speaker Sony, lampu ambien dinamik 64-warna, pad pengecas wireless, dan banyak lagi.


Pakej trenkuasa pula merangkumi nadi 2.0-liter TGDI petrol 4-silinder turbo yang menjana 256PS & 390Nm, serta transmisi 7-kelajuan DCT automatik yang digadingkan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) yang menawar perlbagai pilihan mod panduan dan permukaan. Chery mendakwa setup ini juga tinggi dari segi kecekapan bahan api dengan kadar penggunaan serendah 8.3 liter/100km.


Tipikal bagi jenama ini, Tiggo 9 juga lengkap 23 fungsi bantuan pemanduan maju (ADAS) yang menyokong kebolehan pemanduan separa autonomi Tahap 2.5. Pakej ADAS ini jugs memupuk lagi tahap keselamatan keseluruhan SUV ini yang kini sudah buka untuk tempahan dengan harga anggaran bawah RM189,000. Termasuk sekali adalah jaminan kenderaan asas dan enjin selama 7-tahun atau 150,000KM.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis