Awal minggu ini, Chery Auto Malaysia umumkan pembukaan sebuah pusat 3S ‘premium’ baharu yang terlekat di kulai, Johor. Dikenali sebagai ‘Chery Kulai’, operasi pusat ini dikendali pengedar sah Autohub Mobility Sdn Bhd.
Ini adalah cawangan jenama Chery kedua milik Autohub Mobility di negeri Johor selepas Pusat 4S Chery Tampoi. Dengan fasiliti terbaru ini, Chery Auto Malaysia menyata bahawa rangkaian di negeri Johor kini ia kini sudah mempunyai sebanyak 11 pusat pameran.
Terletak di Kawasan Perindustrian SME, Kulai, Johor, pusat 3S ini merupakan cawangan kedua jenama Chery di Malaysia yang tampil perkenalkan konsep reka bentuk bilik pameran Gen 4.0 Chery, dan yang pertama di wilayah selatan.
Tambah Chery Auto Malaysia lagi, bilik pameran pusat 3S baharu ini mempamerkan semua model terbaharu Chery, manakala bahagian servis pula menyediakan ruang menunggu pelanggan yang selesa serta empat ruang servis yang dikendalikan juruteknik Chery terlatih.
Pembukaan rasmi pusat 4S ‘premium’ baharu ini tepat masanya kerana kami difahamkan Chery Auto Malaysia bakal rasmi lancarkan Chery Tiggo 9 – tawaran SUV premium terbarunya – dalam masa terdekat.




