Berita baik buat pemilik model-model plug-in hybrid (PHEV) daripada jenama Chery. Minggu ini, Chery Malaysia telah perkenalkan aplikasi mudah alih (app) sebagai CarLinko khas buat pemilik model Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV.
Pada asasnya, CarLinko menawarkan pemantauan yang lebih pintar, pengurusan tenaga lebih cekap, serta kemudahan harian kepada pengguna Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV yang dilancarkan pada Oktober 2025.
Termasuk sekali adalah fungsi pengaktifan penghawa dingin dari jauh sebelum memasuki kereta, pencarian kenderaan sekiranya pemilik terlupa telah meletakkan kereta di mana, serta fungsi penjadualan pengecasan di rumah.
Selain itu, pemilik Tiggo 7 PHEV and Tiggo 8 PHEV boleh akses info kenderaan seperti perbatuan, baki jarak pemanduan,tahap bateri/petrol semasa, semakan data tekanan tayar dan penggunaan bahan api, semakan jadual servis, dan akses rekod servis.
CarLinko ditawarkan secara percuma dan boleh dimuat turun melalui Apple App Store untuk peranti iOS atau Google Play untuk pengguna peranti Android. Walaupun percuma, satu proses pengesahan perlu dilakukan para pemilik yang bakal menggunakannya.
Bagi pemilik kereta baru, proses pengaktifan dan pemasangan akan dijalankan semasa serahan kenderaan di bilik pameran. Bagi pemilik sedia apa pula, mereka boleh aktifkan perkhidmatan ini dengan mengunjungi pengedar Chery terdekat.
