Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

CHERY MALAYSIA ANJUR UJIAN PEMBAKARAN PEK BATERI PHEV CSH

14 Apr 2026
CHERY MALAYSIA ANJUR UJIAN PEMBAKARAN PEK BATERI PHEV CSH
Awal pagi tadi, Tekan Habis sempat tinjau dan saksi demonstrasi khas anjuran Chery Malaysia.

Syarikat tersebut telah anjurkan program Chery Super Hybrid Safety Challenge buat kali pertama di Malaysia di mana satu ujian ekstrem dijalankan - sebuah pek bateri yang digunakan dalam model Tiggo 7 PHEV dan Tiggo 8 PHEV didedahkan fasa pemanasan dan fasa pembakaran api secara langsung.

Ujian api tersebut melihat pek bateri dibakar selama 1 minit 20 saat. Pek tersebut berjaya menahan suhu setinggi 1,100 darjah selsius tanpa meledak atau meletup luar kawalan. Malah, pek tersebut kekal stabil sepanjang demonstrasi ini tanpa menunjuk tanda-tanda kegagalan elektrik atau perubahan struktur.

Sebelum itu, Chery Malaysia juga menjalankan forum ringkas dimana prosedur ujian pek bateri hasil syarikat tersebut didedahkan. Contoh ujian yang didedahkan termasuk:
- Ujian pelanggaran hadapan dan rollover di China
- Rendaman air laut selama 53 jam di Indonesia
- Ujian tembakan peluru hidup di Ecuador
- Ujian persekitaran panas ekstrem di Kuwait dan Qatar
- Ujian geseran bawah kenderaan di Mexico
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis