Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

CARSOME DILANTIK RAKAN RASMI ‘TRADE-IN’ BAGI SUZUKI CARS MALAYSIA

07 Aug 2026
CARSOME DILANTIK RAKAN RASMI ‘TRADE-IN’ BAGI SUZUKI CARS MALAYSIA
1 / 7

Suzuki Cars Malaysia (Naza Eastern Motors) telah umumkan lagi satu perkembangan buat saluran jualannya. Awal hari ini, syarikat tersebut telah umum pelantikan Carsome sebagai rakan tukar-beli (trade-in) rasmi bagi jenama Jepun berlambang S ini.

Satu majlis pemeteraian kerjasama ini diadakan di bilik pameran utama Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya hari ini. Turut hadir adalah Eric Cheng, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Carsome, serta Mohd Rizal Jailan, ketua pegawai eksekutif Naza Automotive Group.

Melalui kerjasama ini, keupayaan pemeriksaan, penilaian dan urusan tukar beli kenderaan milik Carsome akan diintegrasikan ke seluruh rangkaian pengedar sah Suzuki di Malaysia. Pelanggan boleh menukar masuk kenderaan daripada mana-mana jenama sebagai sebahagian daripada pembelian Suzuki baharu.

Dengan kerjasama ini, Cheng berkata pelanggan tidak lagi perlu menguruskan proses menjual kereta lama dan membeli kereta baharu secara berasingan. Kedua-duanya kini boleh dilakukan menerusi satu saluran yang menawarkan penilaian telus dan dipercayai.

Dia turut tambah kerjasama ini lahir daripada visi bersama untuk membentuk ekosistem automotif yang lebih saling berkait.

Sempena pelancaran kerjasama ini, Suzuki Cars Malaysia turut memperkenalkan Kempen Merdeka Mega Bonanza yang berlangsung sepanjang Ogos sehingga September 2026.

Semasa kempen ini, pelanggan yang membeli model Suzuki terpilih layak menikmati rebat sehingga RM19,000, dan sokongan tukar beli sehingga RM6,900 apabila menggunakan perkhidmatan Carsome. Model yang terlibat termasuk  Swift Sport, Fronx, Fronx Sport, Jimny AllGrip Pro, Jimny 5-Door dan Suzuki eVitara.

Kempen ini turut menawarkan cabutan bertuah untuk memenangi dua iPhone 17, dua Google Pixel 10, dua Samsung Galaxy S26, serta sembilan hadiah saguhati kredit Touch 'n Go eWallet bernilai RM200.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis