Baru-baru ini, Cycle & Carriage (C&C mendedah mereka telah rasmi membuka pusat 3S Kia pertamanya yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor.
Sebagai peringatan, Kia Sales Malaysia (KSM) telah melantik C&C sebagai salah satu pengedar sah pada bulan Mei lalu. Pembukaan pusat 3S baharu ini menandakan satu perkembagan penting bagi C&C dalam operasi baharunya mengedar jenama Kia.
Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan, pusat Kia 3S Glenmarie yang kini dioperasikan C&C mempunyai bina keluasan keseluruhan 20,839 kaki persegi. Termasuk sekali adalah bilik pameran 5,511 kaki persegi yang mampu mempamer lima buah kenderaan.
Selain itu, Kia 3S Glenmarie juga menempatkan pusat servis khusus dengan 20 ruang servis bersama infrastruktuk pengecasan kenderaan elektrik (EV), operasi jualan alat ganti sah, dan juga sebuah ruang istirahat pelanggan moden.
Pusat 3S Kia Cycle & Carriage Glenmarie menggabungkan pengalaman runcit bertaraf global Kia dengan kepakaran kami yang telah lama terbina dalam perkhidmatan selepas jualan dan penjagaan pelanggan, membolehkan kami menyokong mereka dengan menawarkan kemudahan yang lebih baik, akses yang lebih mudah serta ketenangan fikiran sepanjang perjalanan pemilikan kenderaan mereka,” kata Adrian Short, CEO C&C.
Pusat 3S Kia Glenmarie oleh C&C baharu ini melihat bilik pamerannya beroperasi setiap hari dari 8AM ke 6PM (Isnin-Sabtu) dan dari 11AM ke 5PM (Ahad & cuti umum). Pusat servis pula beroperasi dari 8AM ke 5PM (Isnin-Jumaat) dan 8AM ke 12PM (Sabtu).




