Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

C&C BUKA BILIK PAMERAN LEAPMOTOR BAHARU DI PLAZA 33, PJ

10 Aug 2026
C&C BUKA BILIK PAMERAN LEAPMOTOR BAHARU DI PLAZA 33, PJ
1 / 10

Rangkaian pusat jualan jenama Leapmotor yang dikendalikan pengedar utama Cycle & Carriage (C&C) telah kembang lagi. Baru-baru ini, syarikat pengedaran kenderaan tersebut telah rasmi buka sebuah lagi bilik pameran, kali ini di Plaza 33, Petaling Jaya (PJ).

Pembukaan bilik pameran jenis 1S (jualan) ini datang lebih kurang dua bulan selepas C&C dilantik rasmi oleh Stellantis Malaysia untuk kendalikan operasi pengedaran utama bagi jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) dari China tersebut.

“Dengan pelancaran bilik pameran ini, kami ingin mewujudkan destinasi runcit yang membolehkan pelanggan meneroka jenama Leapmotor dengan yakin sambil menikmati perkhidmatan peribadi dan kepakaran yang dipercayai yang mendefinisikan Cycle & Carriage.,” kata Adrian Short, ketua pegawai eksekutif C&C Malaysia.

Terletak di tingkat lantai (G), Leapmotor Plaza 33 mempunyai ruang pameran luas yang mampu mempamer sehingga lima buah kenderaan. Ia juga dilengkapi ruang istirahat untuk pengunjung, bilik rundingan, ruang serahan kenderaan khas, serta bahagian aksesori rasmi. Pusat ini beroperasi setiap hari dari 8AM ke 6PM.

Selain pusat baharu di Plaza 33, PJ ini, rangkaian Leapmotor bawah naungan C&C juga merangkumi pusal jualan 1S di Pavilion Bukit Jalil dan Paradigm Johor Bahru, serta pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) yang beroperasi di Glenmarie dan George Town.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis