Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

BYD MALAYSIA BAKAL PERKENAL TEKNOLOGI MEGAWATT FLASH CHARGING

25 Jun 2026
BYD MALAYSIA BAKAL PERKENAL TEKNOLOGI MEGAWATT FLASH CHARGING

Melalui sebuah sesi khas bersama media tempatan yang sedang berlangsung sekarang di China, Jacob Ma, Pengarah Urusan BYD Malaysia, dilaporkan telah dedah rancangan jenama) tersebut untuk perkenalkan teknologi pengecasan kenderaan elektrik (EV) Megawatt Flash Charging untuk pasaran tempatan.

Menarik sekali, Malaysia bakal menjadi pasaran terawal – mungkin yang pertama – dalam rantau Asia untuk lihat teknologi ini diperkenalkan oleh gergasi pengeluaran kenderaan tenaga baharu (NEV) dari China ini.

Jacob tambah bahawa pihak BYD Malaysia sudah mula meneliti pelbagai aspek termasuk caj pengecasan, integrasi sistem pembayaran, aplikasi mudah alih serta pengalaman pengguna bagi memastikan perkhidmatan yang ditawarkan stabil dan mudah digunakan.

Menurut Jacob lagi, pelaksanaan awal teknologi ini akan bertumpu kepada beberapa bilik pameran dan pusat servis BYD serta Denza terpilih sebelum diperluaskan ke lokasi awam pada masa hadapan. Teknologi ini berpotensi mengurangkan tempoh pengecasan EV dengan ketara berbanding sistem yang digunakan pada masa ini.

Tampil awal tahun ini, teknologi Megawatt Flash Charging generasi kedua yang BYD bangunkan mampu menawar kuasa pengecasan maksimum sehingga 1,500kW atau 1.5 megawatt (MW). Untuk perbandingan, sistem Tesla V4 hanya mampu capai sekitar 500kW, manakala kebanyakan sistem pengecasan DC sedia ada menawar sekitar 350kW.

Buat masa ini, Megawatt Flash Charging dibangunkan khusus untuk model yang berasaskan kerangka BYD Super e-Platform. Salah satu contoh ini adalah Denza Z9 GT yang bakal tiba di pasaran kita tidak lama lagi.

Banyak perkara boleh kami selam rinci sedikit tentang teknologi ini termasuk cabaran-cabaran yang bakal dihadapi BYD Malaysia untuk perkenalkannya. Nanti perbincangan ini oleh hos-hos kami dalam episod akan datang.

Sumber: Careta.my

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis