Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

BUDI DIESEL – 5 SOALAN LAZIM

27 Jun 2026
BUDI DIESEL – 5 SOALAN LAZIM
1 / 6

Semalam, kerajaan telah umumkan beberapa perkara penting tentang inisiatif jualan minyak diesel bersubsidi – BUDI Diesel. Puas kami menghadam semua maklumat yang dikeluarkan, dan inilah beberapa perkara penting anda perlu tahu...

 

1. Siapa Layak?

Warganegara Malaysia yang memegang kad pengenalan (MyKad) serta lesen memandu (LMM) sah dan memiliki kenderaan diesel milik persendirian dengan cukai jalan (LKM) yang sah boleh mengakses diesel gred B10/B15 bersubsidi pada harga RM2.10/liter bawah skim Budi Madani Diesel (BUDI Diesel) yang tersedia dengan kuota bulanan sebanyak 200 liter (dikongsi dengan Budi95).

 

2. Bila Mula?

Jualan BUDI Diesel bakal mula 1 Julai 2026 pada harga RM2.10/liter. Tetapi sebelum itu, kerajaan akan beri tempoh “akses awal” mulai hari ini (Sabtu, 27 Jun 2026) hingga 1 Julai 2026 untuk mereka di Semenanjung Malaysia di mana harga diesel bersubsidi ditawarkan pada RM2.15/liter – sama seperti Sabah, Sarawak & Labuan.

 

3. Boleh Pindah Subsidi Ke Ahli Keluarga?

Ya, kerajaan akan membenarkan pemilik berdaftar memindahkan kelayakan subsidi diesel mereka kepada ahli keluarga terdekat yang merupakan pengguna sebenar kenderaan, tetapi ini tertakluk kepada syarat tertentu. Mekanisme khas bagi ini akan diumum kemudian. Berkenaan ini, kerajaan juga umumkan program insentif sementara di mana yuran pemindahan pemilikan untuk kenderaan diesel dikecualikan selama tiga bulan bermula 1 Julai 2026.

 

4. Kenderaan Milik Syarikat Masih Layak?

Ya. Seperti diumumkan, kelayakan BUDI Diesel juga telah diperluaskan kepada kenderaan persendirian milik syarikat bagi kategori pikap dan jip. Ini bakal manfaatkan kepada peniaga kecil serta pengguna yang menggunakan kenderaan diesel untuk urusan harian dan perniagaan.

 

5. Bagaimana Boleh Semak Kelayakan?

Pemilik kenderaan diesel persendirian boleh menyemak status kelayakan dan had subsidi bulanan menerusi portal rasmi BUDI MADANI, manakala pemilik pikap dan jip yang layak juga boleh memohon tambahan kuota sebanyak 100 liter sebulan.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis