Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

Bridgestone Potena Ardrenalin RE005 Diperkenal

08 May 2026
Bridgestone Potena Ardrenalin RE005 Diperkenal
1 / 5

Bridgestone Malaysia telah memperkenalkan tayar prestasi terbaharu mereka, iaitu Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 awal hari ini.

Tayar ini dibangunkan khas buat pemandu yang mahu pengalaman pemanduan lebih sporty tanpa mengorbankan keselesaan harian. Menariknya, tayar ini juga direka untuk pelbagai jenis kenderaan – sedan sporty, model-model berprestasi tinggi serta model-model EV.

Tawaran generasi baharu dalam siri Potenza Adrenalin ini hadir dengan fokus utama terhadap pengendalian lebih tepat, cengkaman lebih meyakinkan serta kestabilan lebih baik ketika dipandu dalam pelbagai keadaan jalan raya termasuk permukaan basah.

Ciri-ciri utama termasuk reka bentuk blok tayar lebih lebar, rekaan alur berbentuk “A”, teknologi Advance Rain Pulse Groove, kompaun getah baharu, serta teknologi Multi-Round Block.

Untuk pasaran Malaysia, Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 ditawarkan dalam pilihan saiz antara 15 hingga 20 inci dengan harga bermula dari RM351 hingga RM1,543 bergantung kepada saiz tayar.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis