Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah dedahkan satu perkembangan baharu dan kritikal bagi operasi belakang tabirnya.
Syarikat tersebut telah siap membina dan mula mengoperasikan sebuah gudang alat ganti berpusat baharu yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang – sebelah ibu pejabat dan kilang pemasangan motosikal utamanya.Fasiliti baharu ini meliputi kawasan seluas kira-kira 5,533 kaki persegi, dan ia mewakili peningkatan sebanyak 238% daripada gudang penyimpanan alat ganti sebelumnya.
Pengembangan ini membolehkan BSH menyokong tahap inventori yang lebih tinggi sambil meningkatkan kecekapan operasi keseluruhan dan kesediaan untuk memenuhi permintaan masa hadapan.
Gudang ini mempunyai ruang pelepasan setinggi 9 meter, berserta peningkatan ketara dalam kawasan penyimpanan dan kapasiti keseluruhan. Ini juga membolehkan penggunaan ruang yang lebih cekap dan operasi yang diperkemas.
Direka sebagai kemudahan berpusat sepenuhnya, fasiliti ini mampu mengintegrasikan proses masuk, penyimpanan dan keluar ke dalam satu operasi, serta meningkatkan ketepatan inventori, kecekapan pengendalian dan penyelarasan merentasi fungsi perolehan, logistik dan selepas jualan.
BSH jangka gudang alat ganti berpusat baharu ini akan meningkatkan ketersediaan alat ganti dan menyokong pengedaran tepat pada masanya kepada rangkaian yang kni merangkumi lebih 114 pengedar Honda Impian X dan 7 pengedar Honda BigWing di seluruh negara.

