Kembali ke laman Tekan Habis
UMUM

BMW CLUBHOUSE 2026 BERLANGSUNG MINGGU INI

17 Jul 2026
BMW CLUBHOUSE 2026 BERLANGSUNG MINGGU INI
1 / 11

BMW Group Malaysia sedang menganjurkan BMW Clubhouse di Factory 19, Petaling Jaya minggu ini. Acara ini terbuka pada umum mulai hari ini (17 Julai) dan akan berlangsung sepanjang hujung minggu ini sehingga 19 Julai.

Acara ini dibangunkan berteraskan empat elemen utama – Sportiness, Expression, Leadership dan Luxury. Selain tampilan tiga model baharu, acara ini juga merangkumi pameran pelbagai kenderaan premium dari BMW, BMW Motorrad, dan MINI, pengalaman khas BMW Precision Lab, serta pelbagai promosi khas buat model-model tertentu.

Promosi khas yang disebut termasuk tawaran harga jualan khas buat model BMW 218 Gran Coupe Sport dan BMW 3 Series – masing-masing bermula dari RM173,800 dan RM229,800. Jenama MINI pula juga menawarkan rebat khas bagi model Aceman SE dan Countryman S ALL4 – sebanyak RM18,000 dan RM12,000 masing-masing.

Peminat dua-roda tidak diabaikan, dan ini nyata melalui tawaran rebat sebanyak RM17,000  untuk model-model tertentu dari BMW Motorrad sepanjang acara ini. Selain itu, BMW Clubhouse juga memberi tawaran pakej pembiayaan khas oleh BMW Group Financial Services Malaysia, tawaran khas bagi pelanggan korporat, dan banyak lagi.

Acara ini berlangsung sepanjang tarikh yang disebut dari 9 pagi hingga ke 5 petang. Pengunjung hanya perlu daftar atas talian melalui laman sesawang khas acara ini sebelum menghadiri.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis