Kembali ke laman Tekan Habis
INDUSTRI

BLUESHARK DAN PLMMSB UMUM KERJASAMA STRATEGIK

11 May 2026
BLUESHARK DAN PLMMSB UMUM KERJASAMA STRATEGIK
1 / 2

Jenama motosikal elektrik Blueshark Malaysia Sdn Bhd dan Petronas Lubricants Marketing Malaysia Sudah Bhd (PLMMSB) telah mengumumkan satu kerjasama strategik yang agak unik untuk memumpuk penggunaan motosikal elektrik (EV-2W).

Melalui kerjasama ini, sebanyak lima bengkel Petronas MotoExpert telah dipilih untuk naik taraf sebagai pusat servis bagi motosikal EV dari jenama Blueshark dan SoloEra. Bengkel yang terpilih untuk peringkat awal inisiatif ini adalah:
- Petronas MotoExpert Taman Sri Gombak (Gombak)
- Petronas MotoExpert Taman Bukit Mewah (Kajang)
- Petronas MotoExpert LDP Subang (Subang Jaya)
- Petronas MotoExpert Autoville Cyberjaya (Cyberjaya)
- Petronas MotoExpert Kota Damansara (Kota Damansara)

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan, dua-dua syarikat berniat untuk kembangkan inisiatif dalam rangkaian bengkel Petronas MotoExpert seluruh negara dalam masa terdekat.

Selain itu, dua-dua syarikat ini juga telah tandatangan satu MoU untuk meneroka kerjasama dalam urusan penjualan, fleet, serta pembangunan infrastruktur buat pengguna EV-2W jenama Blueshark dan SoloEra.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis