Pihak penganjur festival budaya kustom terbesar negara, Art of Speed (AOS) Malaysia 2026, telah umumkan acara tahunan tersebut akan berlangsung buat kali ke-15 di MAEPS, Serdang pada 1 & 2 Ogos tahun ini.
Di sidang akhbar pra-acara rasmi yang diadakan awal minggu ini, pengarah penganjur AOS, Asep Ahmad Iskandar, telah sahkan pelbagai tarikan baharu, termasuk kehadiran nama besar dunia automotif, pameran kenderaan kustom, serta festival muzik dan aktiviti komuniti.
Bertemakan "Summer Festival – Kustom Bergaya", edisi ke-15 ini dijangka menjadi antara edisi terbesar pernah dianjurkan AOS. Ia akan menggabungkan budaya automotif, seni, fesyen, muzik dan gaya hidup dalam satu festival di kawasan pameran seluas lebih 452,000 kaki persegi.
Antara tokoh terkemuka dunia pengubahsuaian kenderaan yang bakal hadir di AOS 2026 termasuk Wataru Kato dari Liberty Walk, wakil-wakil dari Mooneyes, Hawgholic, Vise Clothing, dan banyak lagi. Beberapa jentera kustom yang bakil dipamerkan, termasuk sebuah 1945 Harley-Davidson Knucklehead binaan Hawgholic.
Seperti edisi sebelum ini, AOS 2026 akan menganjurkan segmen AOS Invitiational Build Off sekali lagi. Tahun ini, lapan pembina motosikal kustom tempatan akan bersaing untuk peluang membawah hasil tangan mereka ke Yokohama Hot Rod Custom Show 2026 yang akan berlangsung di Jepun.
Turut dianjurkan di AOS 2026 adalah acara Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) di Dewan C. Untuk edisi tahun ini, sebuah lagi model minatur eksklusif diperkenaklan yang berdasarkan sebuah Nissan Skyline GT-R V-Spec II (BNR34). Setiap satu akan diberi nombor siri unik serta lesen rasmi Nissan.
Selain itu, AOS 2026 juga telah umumkan beberapa model miniatur eksklusif yang dihasilkan melalui kerjasama khas Kyosho X Mooneyes, Tarmac Works X RWB dan Mini GT X Live akan dilancarkan semasa festival tersebut. Model-model ini hanya akan dijual sepanjang festival ini berlangsung.
Seperti edisi sebelum ini, pengunjung AOS 2026 juga bakal berpeluang untuk menang beberapa kenderaan – semuanya bernilai RM80,000. Kali ini, sebuah motosikal kustom Thunder Motorcycles, sebuah Honda HARI-V yang diubahsuai oleh Qartel TV, dan sebuah Vespa S 125 bakal dihadiahkan pada pemenang dalam acara Kembara Passport.
Tidak diabaikan juga andalah peminat-peminat muzik tempatan di mana AOS 2026 akan sekali lagi anjurkan acara sampingan pentas SoundCircus Festival. Ini adalah edisi terbesar sekali acara sampingan ini dengan 6 pentas yang bakal lihat persembahan artis-artis tempatan dan antarabangsa jemputan terkemuka selama 2 hari.
Tiket AOS 2026 telahpun mula terjual secara atas talian dengan beberapa pakej instimewa pembeli awal yang bermula serendah RM35 – harga tiket di kaunter ditetapkan padsa RM40. Seperti biasa, kanak-kanak bawah umur 12 yang diiringi penjaga dewasa, serta warganegera yang memegang kad OKU, boleh masuk secara percuma.
Bagi peminat muzik yang inigin ke SoundCircus Festival, tiketnya dijual dari serendah RM135 (pembelian kumpulan, minimum 3 orang), manakala tiket umumnya terjual dari RM149. Semua pembelian tiket boleh dilakukan di atas talian melalui laman sesawang rasmi AOS 2026 – artofspeedmy.com.






















