Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

ARC Tampil Kolaborasi Bersama Star Wars

29 May 2026
ARC Tampil Kolaborasi Bersama Star Wars
1 / 6

Satu lagi tarikan di Malaysia Bike Show 2026 (MBS 2026) adalah pelancaran rasmi dan pameran awal model helmet baharu dari jenama tempatan terkemuka ARC Helmet.

Di MBS 2026, jenama tersebut telahpun mempamerkan model helmet XRS terbarunya yang juga menampilkan kolaborasi rasminya bersama francais filem sci-fi antarabangsa Star Wars. Tiga pilihan grafik kilat (Darth Vader, Stormtrooper dan The Mandalorian) serta satu pilihan grafik matte (BB-8) tersedia bagi edisi khas ini.

Bakal tiba di pasaran melalui pengedar rasmi mulai 4 Julai tahun ini pada harga RM370, peminat dan bakal pembeli boleh lihat dan cuba saiz dahulu di MBS 2026. Penting sekali, model XRS baharu ini juga diposisikan sebagai sebuah helmet ‘open-face’ premium dari ARC Helmet yang menepati standard keselematan global ECE R22.06.

Ciri-ciri yang memupuk status tersebut termasuk rekaan kerangka aerodinamik lengkap dengan sistem pengudaraan baharu, rekaan pad penebal dalaman baharu boleh tanggal, potongan saluran khas untuk memuat sistem komunikasi Bluetooth, visor bersepadu gelap, dan rekaan visor utama baharu yang sedia untuk Pinlock sekali.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis