Baru-baru ini, Boon Siew Honda telah umum ia telah lakukan naik taraf bagi applikasi mudah alihnya yang dikenali sebagai Honda X. Dua fungsi baharu kini tersedia melalui platform digital Honda X, iaitu e-Warranty dan Service History.
Langkah ini melihat applikasi Honda X berdiri sebagai platform sehenti (one-stop) yang menghubungkan pelbagai keperluan pemilik motosikal Honda selepas pembelian.
Penambahan ini membolehkan pemilik motosikal Honda menyemak status waranti serta rekod penyelenggaraan (servis) motosikal mereka secara terus melalui telefon pintar, tanpa perlu merujuk buku waranti atau menghubungi pusat servis.
Menerusi fungsi e-Warranty, pengguna boleh mengetahui sama ada motosikal mereka masih berada dalam tempoh perlindungan waranti serta melihat tarikh tamat waranti pada bila-bila masa.
Sementara itu, fungsi Service History pula memaparkan rekod penyelenggaraan yang lengkap dan disahkan, termasuk tarikh servis dilakukan, jenis penyelenggaraan yang diterima serta pengedar sah Honda yang melaksanakannya.
Selain fungsi-fungsi baharu ini, platform tersebut turut menyediakan kemudahan tempahan servis, peringatan penyelenggaraan, promosi semasa, berita terkini, senarai pengedar, serta baucar digital.
Platform Honda X mula diperkenalkan pada Ogos 2024, dan ia ditawarkan secara percuma kepada semua pemilik motosikal Honda di Malaysia.
