Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

ADV160 Honda RoadSync & ADV160 ABS Dilancarkan!

29 May 2026
ADV160 Honda RoadSync & ADV160 ABS Dilancarkan!
1 / 4

Boon Siew Honda melancarkan dua varian di Malaysia Bike Show 2026: ADV160 Honda RoadSync and the ADV160 ABS!

Kedua varian menampilkan enjin 157cc dengan eSP+, dan telah mencapai akreditasi 5 bintang dari MyMAP (penarafan boleh MIROS dalam menentukan tahap keselamatan motosikal). Ciri-ciri keselamatan termasuk Honda Selectable Torque Control, sistem brek anti-kunci (ABS), serta mempunyai jarak gerak sejauh 350km dengan satu tangki!

Varian ADV160 Honda Roadsync datang dengan meter TFT 5 inch yang dapat dihubungkan dengan telefon pintar bagi mengakses navigasi, panggilan telefon, sistem audio secara langsung di papan pemuka.

Kedua-dua model datang dengan waranti 2 tahun atau 20,000km - dengan harga bermula RM13,249.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis