Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) baru-baru ini menganjurkan program latihan pemanduan rasmi pertamanya yang berjudul ‘Zeekr Dynamic’ di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Acara tersebut berjaya menghimpun hampir 500 pemilik Zeekr bersama keluarga mereka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam. Acara ini juga menjadi platform untuk pemilik yang hadir mengalami keupayaan EV jenama tersebut dalam persekitaran litar yang selamat dan terkawal.
Program ini bertumpu kepada prestasi, keseronokan pemanduan dan teknologi canggih, sambil mengukuh hubungan komuniti pemilik serantau. Tampil di sini juga adalah model Zeekr 7X dan Zeekr X, dan peserta berpeluang meneroka prestasi, sistem keselamatan dan dinamik pemanduan model-model ini melalui sesi pemanduan litar khas.
Pendekatan ini juga mencerminkan usaha jenama EV premium ini untuk menawar pengalaman pemilikan yang lebih menarik dan menyeluruh, dan bukan sekadar menjual kenderaan sahaja.

