Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 ZEEKR X RASMI DILANCAR – 2 VARIAN, DARI RM158,800

23 Jun 2026
2026 ZEEKR X RASMI DILANCAR – 2 VARIAN, DARI RM158,800
1 / 13

Awal hari ini, Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) telah rasmi lancarkan crossover elektrik (EV) kompaknya – Zeekr X – dalam versi kemaskini tahun 2026.

Seperti dilaporkan sebelum ini semasa tempahan awal dibuka, pasaran Malaysia lihat dua varian model ini yang diimport penuh (CBU) tersedia – Premium RWD dan Flagship AWD. Harga masing-masing bermula dari RM158,800 dan RM175,800.

Termasuk sekali dalam harga-harga tersebut adalam jaminan waranti kenderaan asas 5-tahun atau 150,000KM, jaminan komponen voltan tinggi selama 8-tahun atau 160,000KM, serta pakej ‘Connected Service’ setahun dengan kuota data bulanan 6GB.

Sekali pandang, perubahan visual luar dan dalam crossover EV premium ini tidak seketara berbanding peningkatan dan tambahbaikkan yang diberi dari segi spesifikasi bagi dua-dua varian.

Apa baharu di sini adalah rim aloi 19-inci (Premium RWD), pilihan warna eksterior ‘Porcelain  Pink’ (Premium) serta ‘Onyx Black’ dan ‘Matte Khaki Green’ (Flagship). Kelengkapan utama baharu lain termasuk fungsi pembukaan pintu hadapan elektrik, sistem audio premium Yamaha, bantuan pemanduan (ADAS) Tahap 2, dan banyak lagi.

Dari segi mekanikal, pek bateri Energee jenis LFP berkapasiti 61kWj menguasai varian Premium, manakala varian Flagship mengguna pek 66kWj NMC dari CATL. Masing-masing menjanjikan jarak gerak maksima WLTP sejauh 415KM dan 445KM. Sokongan pengecasan juga telah naik bagi varian Flagship – 22kW AC & 150kW DC kini.

Bagi prestasi pula, varian Flagship mencapai pecutan 0-100km/j hanya dalam 3.7 saat. Pacuan semua roda (AWD) serta output tinggi 496PS & 573Nm membolehkan prestasi tinggi ini. Varian Premium pula yang mengguna setup motor dan pacuan belakang (RWD) dengan output 340PS & 373Nm mencapai pecutan 0-100km/j dalam 5.8 saat.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis