Zeekr Intelligent Technology Malaysia (Zeekr Malaysia) baru sahaja umum bahawa tempahan untuk model Zeekr X versi kemaskini tahun 2026 kini sudah buka.
Tawaran EV SUV premium kompak ini telah menerima pelbagai penambahbaikan serta ciri-ciri yang dinaiktaraf yang menjanji peningkatan dari segi prestasi, keselesaan serta tahap teknologi yang lebih canggih.
Ciri-ciri standard baharu termasuk pintu hadapan automatik, peti sejuk, paparan ‘B-Pillar’ interaktif pintar, stereng pelbagai fungsi dengan kawalan bar sentuh dan ruang but 404 liter yang lebih besar.
Bagi varian Flagship AWD, ia menikmati pengecasan AC 22kW lebih pantas, jarak gerak WLTP 445KM, tempat duduk hadapan dengan fungsi penyejukan serta urut (massage), roda tempa (forged) 20-inci baru, serta tambahan pilihan warna eksterior dan kabin.
Dari segi mekanikal, varian Flagship juga manfaat dengan peningkatan output ke 496PS dan 573Nm. Dipadan dengan sistem pacuan AWD, crossover EV ini mencapai pecutan 0-100km/h hanya dalam 3.7 saat.
Bagi varian Premium RWD pula, ia kini menghasil 340PS dan 373Nm untuk menjanji jarak gerak WLTP sejauh 415KM. Baru disini adalah roda 19-inci baru serta tambahan paparan head-up display (HUD) bagi pemandu.
Harga rasmi belum diumumkan, tetapi Zeekr Malaysia berkata harga anggaran bagi barisan model 2026 Zeekr X yang dikemaskini ini akan berada dalam lingkungan RM160,000 ke RM180,000.






