Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 VW GOLF R MK 8.5 TIBA – DARI RM337,790

19 Jun 2026
2026 VW GOLF R MK 8.5 TIBA – DARI RM337,790
1 / 10

PHS Automotive Malaysia (PHSAM), selaku pengedar rasmi jenama Volkswagen untuk Malaysia, baru sahaja umumkan ketibaan model Volkswagen Golf R generasi kelapan versi kemaskini (Mk. 8.5) terbaru.

Sebagai peringatan semula, tawaran hatchback versi prestasi tinggi terkemuka ini dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang. Operasi CKD yang sama ini juga menghasilkan varian prestasi tinggi GTI, serta varian eTSI R-line ‘standard’ bergaya sport.

Balik kepada varian R terbaru ini, versi kemaskini bagi tahun 2026 ini telah diberi beberapa penambahbaikan. Paling ketara di sini adalah skrin sentuh infotainmen baharu 12.9-inci yang lebih besar yang mengganti unit 10-inci yang dilengkapi sebelum ini.

Kelengkapan utama lain dalam kabin termasuk sistem audio 9-speaker premium Harman Kardon, lampu ambient 30-warna, tempat duduk hadapan dengan pemanas dan liang. kemasan hitam, kemasan dalaman karbon kelabu, balutan kulit premium.

Ciri-ciri unik lain bagi varian ini termasuk roda aloi 19-inci ‘Estoril’, sistem ekzos Akrapovic titanium, dan juga sistem Kawalan Casis Dinamik (DCC) dengan pilihan mod profil bagi sistem gantungan (suspension) sport serta differential lock elektronik XDS.

Di bawah bonet, hatchback prestasi tinggi ini kekal dengan nadi 2.0-liter 4-silinder turbo petrol yang menghasil 333PS & 420Nm, transmisi dwi-klac 7-kelajuan, serta setup pacuan semua roda (AWD). Semua in membolehkan pecutan 0-100kmk/j dalam masa 4.6 saat.

Tanpa insurans,  2026 VW Golf R Mk 8.5 CKD ini ditawarkan pada harga asas RM337,790, atau RM355,990 dengan Volkswagen Assurance Package (VAP) yang membawa jaminan perbatuan tanpa had lima-tahun serta pakej penyelenggaraan lima-tahun dan bantuan tepi jalan juga selama lima-tahun.

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis