Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 TOYOTA bZ4X, URBAN CRUISER & HILUX BEV TIBA DI MALAYSIA

02 Apr 2026
2026 TOYOTA bZ4X, URBAN CRUISER & HILUX BEV TIBA DI MALAYSIA
UMW Toyota Motor (UMWT) telah rasmi lancar tiga tawaran kenderaan bateri elektrik (BEV) baharu – bZ4X, Urban Cruiser EV, serta Hilux BEV.

Model trak pikap terkemuka jenama tersebut yang kini dalam generasi kesembilan tiba buat kali pertama dalam versi EV. Setakat ini, UMWT belum nyata sebarang rancangan untuk membawa masuk model versi diesel, tetapi kami yakin ini akan berlaku pada masa akan datang.

Hilux BEV dilengkapi pek bateri LFP 59.2kWj bagimenguasai setup dwi-motor yang menghasil 196PS & 343Nm (gabungan). Pek bateri tersebut menerima input pengecasan AC 10kW dan DC setinggi 150kW, manakala jarak gerak maksima adalah 315KM (NEDC). Harga pula bermula dari RM226,300.

Model bZ4X telahpun dipratonton oleh UMWT sebelum ini, dan akhirnya rasmi lancar hari ini dari RM220,000. Versi terbaru EV SUV ini telah dinaiktaraf dengan pek bateri NMC 73.1kWj, e-motor hadapan yang menghasil 227PS & 269Nm, jarak gerak maksima antara 436KM dan 525KM (WLTP), serta pengecasan AC 22kW dan DC150kW.

Urban Cruiser EV pula adalah sebuah EV SUV kompak hasil bangunan rakan kongsi Suzuki di India. Ia lengkap dengan pek bateri LFP 61kWj, serta e-motor yang memacu roda hadapan dengan 174PS & 193Nm. Ia menerima pengecasan AC 6.6kW dan DC setinggi 125kW, manakala jarak gerak maksima adalah 426KM (WLTP). Harganya pula bermula dari RM198,000.
Harga tertera termasuk waranti kenderaan asas 5-tahun tanpa had batuan bagi bZ4X dan Urban Cruiser EV, manakala Hilux BEV dapat jaminan 5-tahun atau 150,000KM. Termasuk juga bagi semua tiga tawaran adalah waranti pek bateri dan komponen EV asing selama 8 tahun tanpa had batuan.

Nantikan perbincangan kami tentang semua tawaran BEV baharu ini dari Toyota, dan juga kupasan kami tentang posisi pasaran tiap-tiap satu, dalam episod akan datang!
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis