Suzuki Malaysia, anak syarikat AFY Mobility Industries (AMI) Sdn Bhd, telah umumkan ketibaan model Suzuki V-Strom 1050 versi kemaskini tahun 2026.
Tawaran adventure touring popular ini sekarang tersedia degan barisan pilihan warna baharu – Metallic Oort Grey, Metallic Matt Steel Green dan Glass Sparkle Black. Satu tambahan baharu menarik juga adalah set bagasi (panniers) tulen Suzuki percuma.
Dari segi mekanikal, tiada perubahan kami boleh lapor. Model ini masih digerak dengan enjin v-twin 1,037cc yang menghasil 105.5HP & 100Nm. Nadi ini dipadan sekali degan transmisi 6-kelajuan yang jugas lengkap dengan fungsi quickshifter.
Ciri-ciri utama lain tersedia termasuklah fork hadapan USD, monoshock belakang berserta pelarasan pra-beban, rim 19-inci (hadapan) dan 17-inci (belakang), pakej bantuan tunggangan elektronik Suzuki Intelligent Ride System (SIRS), panel meter LCD, dan banyak lagi.
Model ini tersedia melalui pengedar-pengedar sah sekarang dengan harga asas RM78,900. Termasuk dalam angka tersebut adalah jaminan waranti 2-tahun atau 20,000KM.



