Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 SUZUKI DR-Z4S & DR-Z4SM DILANCAR – DARI RM39,888*

15 Apr 2026
2026 SUZUKI DR-Z4S & DR-Z4SM DILANCAR – DARI RM39,888*
Sempena pembuka tirai musim perlumbaan Asia Road Racing Championship 2026 (ARRC 2026) yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu lalu, Suzuki Malaysia Sdn Bhd telah rasmi lancarkan barisan model Suzuki DR-Z.

Dua versi model jenis ‘dual-purpose’ ini ditawarkan – DR-Z4S dan DR-Z4SM. Tidak seperti versi sebelum ini, model DR-Z ini kini tersedia dalam versi lasak atau ‘off-road’ (DR-Z4S) dan versi ‘supermoto’ (DR-Z4SM). Dua-dua dipasarkan dengan harga asas bermula dari RM42,888.

Sempena pelancaran rasminya, Suzuki Malaysia akan menawarkan dua-dua model khas pada 50 pembeli terawal dengan promosi harga pengenalan istimewa bermula dari RM39,888.

Dua-dua model ini berkongsi nadi 398cc DOHC satu silinder yang menghasil 38HP & 37NM. Nadi tersebut dipadankan dengan transmisi lima-nisbah. Perbezaan utama dua-dua versi ini adalah setup sistem gantungan (suspension) boleh laras, serta saiz rim dan jenis tayar yang dilengkapi.

Ciri-ciri lain utama termasuk saiz tangki bahan api 8.7 liter, seta rekaan ‘swingarm’ aluminium yang lebih ringan, dan banyak pagi. Memang nyata ketibaan barisan model Suzuki DR-Z ini akan disambut meriah oleh peminat tunggangan off-road lasak dan para penggiat supermoto tempatan.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis