Setelah kian lama wujud di pasaran luar sejak 2022, model Subaru Crosstrek generasi ketiga akhirnya telah tiba di Malaysia lewat minggu lepas melalui pengimport rasmi TC Subaru Sdn Bhd (Motor Image).
Sebelum anda keliru, nama Crosstrek kini digunakan di peringkat global oleh jenama Jepun ini untuk tawaran yang ramai sudah kenal sebelum ini sebagai Subaru XV.
Model generasi baharu ini tampil dengan rekaan lebih agresif, teknologi keselamatan terkini dan talaan casis yang dipertingkat. DI bawah bonet, crossover SUV ini juga masih mengguna nadi jenis ‘boxer’ terkemuka jenama Subaru juga.
Enjin 2.0-liter 4-sil tersebut menghasil 156PS & 196Nm. Ia dipadan sekali dengan transmisi CVT automatik ‘Lineartronic’ serta sistem pacuan semua roda simetrik (Symmetrical AWD) yang dibangunkan Subaru sendiri.
Kelengkapan utama tersedia kini termasuk skrin sentuh Full HD 11.6 inci, paparan meter digital 4.2 inci, sistem audio 6-speaker, air-cond dual-zone, balutan tempat duduk kulit premium, pad pengecas wireless serta port USB-A dan USB-C, dan bayak lagi.
Penting sekali, model Crosstrek genersi ketiga ini juga tampil degan sistem batuan panduan (ADAS) terkini dari Subaru yang dipanggil EyeSight 4.0. Sistem ini telah dipertingkatkan lagi dengan tambahan wide-angle monocular camera.
Dengan peralihan strategi global Subaru tahun lepas ke model perniagaan import penuh (CBU) sahaja, berita buruk kami boleh di sini adalah peningkatan harga berbanding model XV sebelum ini.
Tempahan kini buka untuk 2026 Subaru Crosstrek dengan harga permulaan RM190,788 tanpa insurans dan cukai jalan. Termasuk sekali dalam harga tersebut adalah jaminan 5-tahun atau 100,000KM.




