Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 PROTON X50 KINI TAMPIL DENGAN WARNA QUARTZ BLACK

09 Apr 2026
2026 PROTON X50 KINI TAMPIL DENGAN WARNA QUARTZ BLACK
2026 Proton X50 facelift kini tampil dengan pilihan warna eksterior Quartz Black baharu!

Menurut Proton, warna ini sudah menjadi salah satu pilihan warna standard bagi tawaran B-SUV popular tersebut. Ini juga dilahirkan dari permintaan tinggi yang dijanakan melalui jualan versi khas Black Edition bulan lepas yang dihadkan ke 200 unit sahaja.

Akan tetapi, pilihan warna hitam baharu ini menggantikan pilihan waran Passion Red yang ditawarkan sebelum ini. Kami akan ingatkan juga bahawa warna merah tersebut sudah tidak lagi ditawarkan dalam mana-mana model terkini Proton.

Selain ini, tiada perubahan lain kami boleh lapor. Kekal juga adalah harga jualan model X50 kemaskini ini yang bermula dari RM89,900 (Executive), RM101,800 (Premium) dan RM113,800 (Flagship).
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis