Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 NISSAN SERENA ePOWER CATAT LEBIH 1,300 TEMPAHAN

03 Apr 2026
2026 NISSAN SERENA ePOWER CATAT LEBIH 1,300 TEMPAHAN
Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah dedah bahawa jualan tawaran terbarunya iatu 2026 Nissan Serena e-Power cukup memberangsangkan.

Bulan lalu, ETCM telah menerima sebanyak 1,300 tempahan bagi tawaran MPV mesra-keluarga ini yang kini dilengkapi tren kuasa tenaga baharu. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 250 unit telah pun diserah kepada pembeli tempatan setakat ini.
ETCM mula pratonton model MPV generasi ke-enam (kod chassis: C28) ini lewat tahun lepas sebelum rasmi melancarkannya bulan lalu. Terdapat lima varian tersedia dengan harga permulaan antara RM154,800 dan RM179,800 (bergantung pada varian).

Selain ruang kabin dan kargo luas mahupun praktikal, Serena terbaru ini juga dilengkapi pelbagai ciri-ciri mewah dan canggih yang meningkatkan lagi gaya, mutu dan tahap keselamatannya berbanding dengan versi yang ia gantikan.
Apa yang lebih menarik sekali adalah tahap penerimaan positif oleh ramai pembeli – dan yang bakal beli! – terhadap tren kuasa berteknologi extended-range/range-extender EV (EREV/REEV) ‘e-Power’ yang memacu kini MPV ini.

Dengan kenaikan harga mendadak bagi bahan api di negara kami baru-baru ini, teknologi tren kuasa ini dengan tahap kecekapan bahan api dan tenaga amat tinggi ini yang juga tidak perlu dicucuk-cas pasti mampu menarik lebih lagi peminat dan bakal pembeli.
Klik video di bawah untuk tonton komentar kami dalam episod penuh Tekan Habis
Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis