Kembali ke laman Tekan Habis
PRODUK

2026 LEXUS ES GENERASI 8 TERBARU BAKAL TIBA – RM366,888 (ANGGARAN)

15 Jul 2026
2026 LEXUS ES GENERASI 8 TERBARU BAKAL TIBA – RM366,888 (ANGGARAN)
1 / 11

Baru-baru ini, Lexus Malaysia (anak syarikat UMW Toyota Motor) telah mengeluarkan satu teaser untuk sebuah model baharu di laman sosial rasminya. Walaupun imej sengaja digelapkan, penampilan kluster lampu belakang model tersebut sudah cukup nyata – ini adalah model Lexus ES generasi kelapan terbaru sekali.

Dengan kebiasaan teaser sebegini, kami yakin model sedan mewah ini bakal dilancar untuk pasaran tempatan tidak lama lagi, malah laman khas model itu sudah pun aktif melalui laman web rasmi Lexus Malaysia. Di sini, kami juga boleh laporkan beberapa fakta penting tentang spesifikasi dan harga anggaran model terbaru ini.

Pertama sekali, Lexus Malaysia tidak beri petanda untuk lancarkan versi elektrik penuh (BEV) model ES generasi kelapan ini. Di sebaliknya, jenama tersebut akan hanya tawarkan varian yang dilengkapi trenkuasa hibrid petrol-elektrik sahaja – di antara varian ES300h atau ES350h, dan spesifikasi masing-masing bergantung pada pasarannya.

Bergantung pada varian, trenkuasa hibrid sedia ada buat Lexus ES terbaru ini merangkumi enjin petrol 4-silinder 2.0-liter atau 2.5-liter. Bantuan elektrifikasi akan membolehkan output gabungan maksima antara 197PS dan 247PS.

Walaupun spesifikasi mekanikal tidak diumumkan sepenuhnya, Lexus Malaysia telah memberi harga anggaran bagi model ES generasi terbaru ini. Ia bakal bermula dari RM366,888 – lebih mahal berbanding model generasi ketujuh ia mengganti yang dipasarkan dari serendah RM320,888.

Nantikan butiran lanjut sejurus selepas pelancaran model ini yang kami spekulasi akan berlangsung dalam sebulan-dua akan datang ini...

Facebook WhatsApp X
Kembali ke laman Tekan Habis