Awal minggu ini, Kia Sales Malaysia (KSM) telah kembangkan barisan model 2026 Kia Carnival facelift.
Tawaran MPV tersebut yang juga dipasang secara tempatan (CKD) kini tersedia dalam versi 8-seat baharu yang berharga RM239,849. Termasuk dalam harga tersebut adalah waranti 5-tahun atau 150,000KM.
Varian baharu ini diposisikan antara varian 11-seat (RM188,888) dan varian 7-seat (RM248,888). Nyata disini ialah perbezaan tempat duduk barisan kedua – ‘Captain Seat’ digantikan dengan bangku tiga-penumpang untuk memberi susunan 2-3-3.
Selain itu, varian ini masih dilengkapi pelbagai kemewahan canggih seperti paparan meter dan infotainmen kembar masing-masing bersaiz 12.3-inci, sistem audio premium 12-speaker Bose, pacahayaan ambien papan pemuka, dan banyak lagi.
Nadi 2.2-liter Smartstream turbodiesel yang menghasi 202PS & 440Nm, serta padanan transmisi 8-kelajuan automatik, dikekalkan. Dalam keadaan optimum, pakej ini mampu bergerak sejauh 900KM dengan satu isian tangki penuh.
Dari segi keselamatan, varian ini kekal dengan lapan beg udara, serta pelbagain sistem bantuan ADAS. Termasuk disini FCA 2.0, ISLA, HDA 2, LKA, LFA, DAW, HBA, serta RCTA dan ROA.
Menarik sekali, KSM menawarkan kredit minyak bernilai RM6,000 menerusi eWallet Touch ‘n Go melalui kempen ‘We Fuel You’. Mampukah insentif ini beri dorongan lebih pada bakal pembeli dalam era harga diesel RM6 per liter ini?

