Melalui siaran akhbar rasmi yang dikeluarkan minggu ini oleh Modenas, barisan motosikal jenama Kawasaki yang diedar syarikat itu sudah dikembangkan lagi dengan tambahan baharu – 2026 Kawasaki KLE 500.
Model adventure (jelajah) bergaya lasak ini telah dipratontonkan awal tahun ini semasa Malaysia Bike Show 2026. Kini, tempahannya sudah pun dibuka melalui pengedar rasmi pada harga asas RM32,900. Termasuk dalam harga itu adalah jaminan waranti 2-tahun tanpa had batuan, serta bantuan tepi jalan (roaside assistance) 24-jam.
Selain harga rasmi, Modenas juga umumkan ganjaran istimewa untuk pembeli terawal 60 unit model ini yang diketuai pakej eksklusif Kawasaki Megatrail Adventure Package – sebuah pengalaman tunggangan off-road sejauh 150KM di Gerik, Perak.
Selain itu, pembeli terawal ini juga akan diberi jersi edisi terhad KLE 500 Adventure, sijim pemilikan eksklusif KLE 500, serta set beg sisi (saddle baf) KLE Adventure edisi terhad. Promosi tersebut berlangsung dari 3 ke 31 Ogos buat model terbaru ini yang tersedia dalam tiga pilihan warna – Metallic Carbon Gray / Ebony / Frame Flat Black.
Dari segi spesifikasi, KLE 500 ini tampil sebagai sebuah motosikal ‘dua-alam’ serba boleh. Ini nyata melalui kelengkapan utamanya seperti setum rim lidi 21-inci (hadapan) dan 17-inci (belakang), ergonomik tunggangan tegak, penghadang angin boleh laras, plat pelindung bahagian bawah enijn, dan bayak lagi.
Selain itu, setup sistem gantungan (suspension) merangkumi fork hadapan terbalik KYB 43MM dengan jarak perjalanan 210MM dan penyerap hentak belakang Uni-Trak dengan jarak perjalanan 196MM, serta brek cakera Nissin dengan sistem ABS dwi-saluran yang boleh dinyahaktifkan, juga menyokong status serba boleh model ini.
Dari segi tren kuasa, model KLE 500 ini dikuasai nadi 451cc DOHC dwi-silinder dengan penyejukkan cecair yang menjana 45HP dan 42.6Nm. Kuasa disalurkan ke roda belakang melalui transmisi 6-kelajuan manual dengan klac jenis multi-plate basah. Lengkap disini juga adalah tangki bahan api 16 liter dan kotak penapis udara 5.6 liter.
Kerangka (casis) jenis trellis untuk KLE 500 ini juga dibangun khas untuk memastikan keseimbangan antara tunggangan jalan raya dan off-road, menurut Kawasaki. Jenama tersebut juga menyatakan casis ini telah diuji dalam pelbagai keadaan sebenar bagi mendapatkan keseimbangan terbaik antara kekukuhan dan berat.
Selain itu, ciri-ciri utama lain yang dilengkapi juga termasuk paparan meter digital, serta palang tambahan khas di handlebar untuk pemasangan aksesori seperti pemegang telefon pintar atau sistem GPS tambahan.





















