Berita baik bagi peminat motosikal adventure tempatan. Awal hari ini, BMW Motorrad Malaysia telah umum bahawa tempahan kini sudah buka untuk tawaran terbarunya iatu 2026 BMW F450 GS Trophy.
Seperti ramai tahu, ini adalah model adventure permulaan terbaru dari jenama Jerman ini. Tidak seperti model G310 GS kini diganti olehnya, model baharu ini dilengkapi dengan nadi dua silinder 420cc baharu yang menjana 48HP & 48Nm.
Model ini juga sangat ringan dengan berat sedia tunggang serendah 178KG.
Tipikal bagi jenama premium ini, F450 GS baharu ini juga penuh dengan pelbagai kelengkapan canggih dan premium. Ini termasuk BMW Easy Ride Clutch (ERC), SHift Assistant Pro, ABS Pro, DBC, MSR, Dynamic Traction Control (DTC), panel meter digital TFT 6.5-inci, socket pengecas USB-C, serta sistem pelbagai mod tunggangan.
Bakal pembeli yang berminat boleh buat tempahan sekarang di pengedar sah BMW Motorrad seluruh Malaysia dengan harga anggaran RM40,000.



